1. Ambil train, pilih 'regional train' jangan ambil normal train yang laju itu sebab harganya pun 'laju' habis duit dalam poket. Regional Train agak perlahan dan masuk ke kawasan pedalaman Swiss, tapi pemandangan sangat cantik dan superb
2. Ambil air minuman di pili minuman awam, ianya sangat bersih dan natural. Tak perlu risau pencemaran kerana ia adalah air gunung.
3. Kos makan di restaurant sangat mahal, 15-30 SF untuk satu meal. Syor beli raw material di supermarket dan masak sendiri. Jika ke restaurant, beli soup of the day atau sup yang sesuai dengan tekak anda, sekitar 7-9 SF
4. Booking Hotel. Pergi ke Google Map, zoom in tempat anda mahu menginap. Google Map akan tunjukkan hotel-hotel kecil yang tidak berhubung dengan website terkenal seperti Booking.com, jadi anda boleh dapat harga lebih murah.
5. Pemandangan dari puncak gunung di Swiss sangat cantik, naiklah sekurang-kurangnya satu puncak tertinggi yang ada di Swiss. Nak jimat, ambil Cable Car untuk naik ke atas dan turun ke bawah
.........................................................
Check video 5 Tips Saving Di Switzerland oleh Maria Stoggaard
Simple tips untuk penjimatan yang hebat.
Comments
Post a Comment