Mount Of Murren Switzerland




Mount of Murren dengan ketinggian 1650 meter yang terletak di kaki Gunung Schilthorn (2970 meter) telah menambat hati pembikin filem James Bond 'On Her Majesty Secret Service', filem zaman konda-kondi lewat1960-an. Di puncak Schilthorn terletak restoran berputar yang dikenali sebagai 'James Bond rotating restaurant'. Anda boleh cuba bila ke sini 💕 .




Murren merupakan penempatan purba masyarakat lembah Lotchen di Valais, kesan kewujudan masyarakat ini masih dapat dikenali pada rekabentuk rumah dan dialek sebutan masyarakat di Murren.

Tiada kereta, motor mahupun bas di Murren, yang ada hanyalah Lori Pikap dan Traktor yang diterbangkan khas ke Puncak Murren menaiki helikopter. Tayar kenderaan-kenderaan ini dibalut bersama rantai besi bagi mengelakkan kegelinciran. Untuk makluman kalian, puncak Murren in hampir setiap masa diselaputi salji. Putih sokmo. Salji merata. Sangat indah.



Kereta kabel dan keretapi menghubungkan antara Murren dan dunia luar. Pada mulanya kita perlu menaiki Kereta Kabel dari Lauterbrunnen, kemudian keretapi yang bergerak dari Stechelberg akan membawa kita ke Murren dan jika terus lagi akan sampai ke puncak Schiltorn.

Saya syor datang ke sini sekurangnya-kurangnya dua kali bagi mendapatkan pemandangan indah yang berbeza. Jika datang pada musim Autumn dan Winter, salji akan memenuhi setiap inci muka bumi, semua pepohonan berwarna putih bagai donut ditabur gula icing, dan anda boleh lihat aliran air yang jatuh dari waterfall membeku. Jika datang pada musim Spring dan Summer pula, anda dapat melihat air terjun meluncur deras dari rekahan batuan pergunungan. Jika bernasib baik, boleh lihat Salmon melompat menaiki gunung. Oh, ada juga air terjun


Bersoal bab perut, kita boleh mengisi perut atau memerut di Tham Singaporean Restaurant, sekitar 3 minit berjalan kaki daripada Train Station Murren. Dari pintu stesen terus ambil belah kiri.



Untuk yang beragama Islam, saya syor pilih makanan laut. Chef Tham ini maklum akan kaedah penyediaan makanan untuk orang Islam. Beliau akan basuh kuali dan guna minyak yang baru. Jadi tidak perlu gusar. InsyaAllah halal. Makan makanan panas yang baru diangkat dari kuali sambil pekena Teh O Panaih memang thorbaekk. 



Antara yang menarik di sekitar Mount Of Murren
  • Berkunjung ke Schilthorn / Piz Gloria - Menjejaki langkah James Bond, para pengunjung boleh menikmati pemandangan indah lebih 200 puncak gunung dan 40 glasier daripada Restoran Berputar Piz Gloria
  • Air Terjun Trummbelbachs - Aliran air daripada cairan glasier dan air terjun bawah tanah Trummelbach tersembunyi disebalik dinding batu pergunungan.
  • Jungfraubahn - Satu sudut dengan pemandangan menakjubkan melalui laluan di celahan batuan.  Sudut pandang menerusi Eigerwand dan Eismeer juga amat indah untuk dinikmati.
  • Jungfraujoch - Salji dan ais sentiasa wujud di sini, tidak akan cair walau pada musim panas. Ini puncak tertinggi di Eropah dengan ketinggian 3454 m, tempat yang wajib anda kunjungi adalah di Bernese Oberland.
  • Schitalp Hut - Nikmati pemandangan menakjubkan trio 3 puncak gunung iaitu Eiger, Monch dan Jungfrau dari pondok klasik asli Alpine. Nikmati sedapnya Alpine cheese yang dibuat menggunakan kaedah tradisional (not recomended for Muslim).
  • Candlelit hotel, Obersteinberg Hotel - Terletak berdekatan lembah Lauterbrunnen, ia diterangi sepenuhnya oleh lilin, menakjubkan! Semua masakan disedia menggunakan kayu api.


Antara Aktiviti Menarik Di Sekitar Murren

  • The Inferno Race - Perlumbaan Ski Amatur terbesar dengan penyertaan  dari seluruh dunia melibatkan lebih 1800 peserta setiap tahun. Laluan sejauh 15.8 km dari Schilthorn ke Lauterbrunnen dalam tempoh 15 minit (January)
  • Lauberhorn Ski Races - Laluan menuruni pergunungan dikategori sebagai antara yang paling klasik diantara sukan ski Alpine dengan darjah kecerunan sehingga 90 % (January)
  • Inferno Triathlon - Dari Thun hingga ke Schilthorn, beza ketinggian sekitar 5500 meter, dikatakan antara salah satu kejohanan triathlon paling mencabar di dunia, turut melibatkan cabaran bertarung dengan alam persekitaran ekstrim.






Peta Murren


Untuk ke Mount Of Murren atau jelajah keseluruhan Switzerland, anda boleh layari website ini untuk semak waktu Train dan harga tiket, boleh pilih perjalanan sehala atau dua hala.
Klik : Swiss Travel https://www.sbb.ch/en/home.html



Comments